Tuesday, July 28, 2009

Indahnya Solat Subuh

Santapan Rohani
Indahnya Solat Subuh

“Waktu kecil-kecil dulu, kita kerap mendengar leteran ibu suruh bangun pagi dan bersolat Subuh. Kedinginan pagi mencengkam hingga ke tulang hitam, membuatkan mata berat dibuka Kalau bangun sekali pun, lama sekali duduk di birai katil. Kononnya nak buang kelat mengantuk. Menguap beberapa kali, akhirnya tertidur semula. Ibu menjerit lagi dari dapur. “Bangun cepat, Subuh dah
nak habis...!”

Kini apabila diri sendiri bergelar ibu atau bapa, baru kita tahu betapa sukarnya menggerakkan anak bangun Subuh. Jeritlah sampai keluar anak tekak, anak tetap pekakkan telinga. Jangan kata anak kecil liat bangun solat Subuh, orang dewasa pun ada yang tidak boleh bangun pagi, Melainkan jika kita tahu betapa solat Subuh itu mengundang banyak pahala dalam hidup, tentu kita tidak teragak-agak meninggalkan tilam empuk untuk bersolat Subuh.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa yang bermaksud :
“Sesungguhnya solat itu merupakan kewajipan yang ditentukan kepada orang yang beriman.”

Daripada ayat di atas, sudah jelas lagi nyata kepada kita bahawa solat yang menjadi rukun Islam kedua itu wajib kepada umat Islam yang cukup syaratsyaratnya kecuali bagi mereka yang belum baligh, gila dan sebagainya. Keistimewaan solat ini adalah perintah secara langsung daripada Allah SWT kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Israk dan Mikraj, tidak seperti ibadah lain iaitu Nabi mendapat wahyu melalui Malaikat Jibril.

Solat ini ibu bagi segala ibadah dan kita seharusnya mempelajari cara solat yang betul supaya solat kita sempurna. Dengan itu, ia akan mencegah kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam Surah Al- Ankabut, ayat 45 yang bermaksud :

“Sesungguhnya dengan melaksanakan solat itu, dapat mencegah seseorang daripada melakukan perkara keji dan mungkar.”

Ibu bapa memainkan peranan penting mengajar dan memastikan anak solat ketika kecil agar amalan ini diteruskan sampai bila-bila sebagai kewajipan sebagai orang Islam.

Firman Allah di dalam surah An-Nisa ayat 103, “Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

Manipulasi kenyataan Nik Aziz bukti Umno makin lemah

Manipulasi kenyataan Nik Aziz bukti Umno makin lemah
Irwan Muhammad Zain
Tue | Jul 28, 09 | 9:14:37 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Umno makin terbukti semakin lemah sehingga terpaksa memanipulasikan kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia menjalinkan kerjasama dengan kerajaan pusat. Iklan



Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan Umno kini yang semakin tidak popular begitu berharap agar dapat bersama PAS untuk mengukuhkan mereka.

Tegas beliau lagi, kenyataan Tuan Guru Nik Aziz amat jelas bahawa kerjasama yang mahu diadakan atas dasar kerajaan pusat dan kerajaan negeri bukan antara parti dan parti tetapi pemimpin Umno tidak bijak untuk memahaminya.

"Umno begitu lemah sekarang sehinggakan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz untuk adakan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat disalah ertikan dengan kerjasama antara PAS dan Umno.

"Yang jelas kini, Umno terdesak untuk mengekalkan kuasa mereka yang semakin terhakis dan mahukan PAS bersama mereka untuk terus kekal berkuasa biarpun rakyat sudah jelas menolak mereka.

"Lebih memalukan bila mereka gagal memahami apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Nik Aziz hingga memaksa Mursyidul Am mengeluarkan satu kenyataan lain untuk mengelakkan kekeliruan," tegas beliau.

Kamaruddin juga tidak menolak sikap pemimpin Umno yang memanipulasikan kenyataan Mursyidul Am PAS itu dengan niat untuk memecah belahkan kerjasama antara Pakatan Rakyat dan mengurangkan sokongan rakyat terhadap gabungan pembangkang itu.

Namun tegas beliau, rakyat kini sudah bijak untuk menilai maksud kenyataan Tuan Guru Nik Aziz berbanding pemimpin-pemimpin Umno.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan akan membincangkan kenyataan Nik Aziz yang sedia untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat dalam mesyuarat tertinggi Umno.

Semalam, Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan maksud sebenar kenyataan beliau yang bersedia untuk bekerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat bukan antara PAS dan Umno sepertimana yang difahami oleh pemimpin-pemimpin Umno.

?Saya usulkan hubungan dua kerajaan (Negeri dan Pusat) dipulihkan sesuai dengan semangat federalisme,? kata Nik Aziz.

Menteri Besar Kelantan itu menegaskan apa yang beliau mahukan ialah Barisan Nasional menjunjung semangat federalisme seperti yang diterima pakai dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia. - mr _