Monday, July 27, 2009

Magnet Diri: Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya

Magnet Diri: Cipta Pengaruh Luar Biasa dan BerjayaAmin Idris
PTS Millennia Sdn Bhd
RM 17.90 / RM 19.90 (Sabah & Sarawak),
983-3372-27-9;
978-983-3372-27-0;
9789833372270
Tarikh Terbit: 31 July 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 296 halaman



Kategori: Motivasi Sinopsis Isi Kandungan Contoh Bab
Magnet Diri: Cipta Diri Lebih Berpengaruh dan Berjaya adalah satu hasil nukilan yang dihasilkan khas buat semua di setiap lapisan masyarakat. Daripada seorang ahli politik, pegawai kerajaan, pendakwah, usahawan, eksekutif, staf, petugas organisasi, pensyarah, guru, mahupun seorang individu biasa, buku ini sangat relevan dalam meningkatkan kualiti diri khususnya dalam hidup bermasyarakat.



Kata Pengantar
Prakata

Bahagian 1: Analogi
Jawatan Lawan Pengaruh;
Mitos dan Cabaran
Falsafah Magnet Diri

Bahagian 2: Bina Energi
Pilih Benih Energi
Tanam Benih Energi
Siram Benih Energi

Bahagian 3: Pancarkan Sinergi
Cipta Sinergi
Kongsi Sinergi
Gandakan Sinergi

Rapsodi Penulis


Mengenali Mangsa Perangkap Mitos Pertama
Sebenarnya, kedudukan atau jawatan tidak secara automatik menjadikan seseorang itu berpengaruh. Bagaimana hendak mengenal pasti sama ada kita ataupun orang lain sudah terperangkap dalam dongeng ini?
Sekiranya wujud perasaan tidak selesa dalam diri apabila tidak diberikan jawatan dalam sesebuah pasukan atau organisasi, maka itu tandanya mitos pertama ini sudah memerangkap mangsanya.
Daripada berusaha membina hubungan pengaruh secara semula jadi dengan sesama ahli pasukan, mereka menunggu untuk diberikan kuasa autoriti dan jawatan.
Lama-kelamaan mereka menjadi semakin tidak gembira kerana tidak serasi dan mampu mempengaruhi pasukan. Akhirnya, mereka membuat keputusan mencari pasukan atau organisasi lain.

Akibat Terperangkap dalam Mitos Pertama
Mereka yang terperangkap dalam perangkap ini sukar ataupun enggan memahami bagaimana pengaruh sebenar dan efektif berkembang. Sekurang-kurangnya mereka sengsara dalam lima masalah berikut:
Enggan belajar dan menerima kritikan orang lain.
Tidak ada kemajuan dan peningkatan kualiti diri.
Gagal membentuk pelapis baru dalam organisasi.
Mempunyai pengikut yang setia ‘bermusim’.
Tidak mendapat penghormatan apabila sudah tidak berjawatan.

Bagaimana Mengelak daripada Terperangkap?
Pengaruh adalah sesuatu yang dinamik. Ia perlu dibentuk secara berterusan melibatkan setiap orang yang kita temui. Apabila kita berada di ‘tangga pengaruh’, ia bergantung pada sejarah silam antara kita dengan orang yang kita temui. Amalkan 5H iaitu lima peringkat di bawah:
Hak. Kita mempunyai hak membuat orang ikut kita dan mereka terpaksa mengikut.
Hubungan. Orang mengikut kita kerana mereka sendiri mahu mengikut.
Hasil. Orang mengikut kita kerana sumbangan kita kepada organisasi.
Hadiah. Orang mengikut kita kerana segala apa yang sudah kita lakukan kepada mereka.
Hormat. Orang mengikut kita kerana diri kita semata-mata.