Tuesday, April 19, 2011

Sambutan Hari Buku Sedunia 2011, peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati lagi dirahmati Allah. Kami doakan semoga tuan dan puan semua senantiasa ceria, sihat sejahtera dan dipermudahkan pelbagai urusan hidup.

Sukacita dimaklumkan, PTS Bookcafe Sdn. Bhd mendapat jemputan membuat pameran dan jualan buku sempena Hari Buku Sedunia 2011 peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Syukur alhamdulillah, pagi tadi tepat jam 9 pagi, saya menghadiri satu mesyuarat persiapan sambutan Hari Buku Sedunia peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut saya nyatakan butiran pengisian dan aturcara program:

Nama program: Hari Buku Sedunia 2011, peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tarikh: 27 April 2011
Hari: Rabu
Masa: 8 pagi hingga 5 petang.
Lokasi: Dewan Nur, Blok E, Aras 1, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Pengisian Program:
Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KPWKM.
Pameran dan jualan buku.
Pameran Pusat Sumber KPWKM.
Aktiviti Kanak-kanak.

Aturcara Hari Buku Sedunia 2011

Tarikh: 27 April 2011, Rabu.
Masa: 10 pagi.
Lokasi: Dewan Nur, Blok E, Aras 1, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

9.30 pagi: Ketibaan tetamu.
: Pendaftaran tetamu.
: Ketibaan YBhg. Dato' Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
: Bacaan Doa.
: Nyanyian Lagu Negaraku.
: Persembahan puisi oleh Prof. Madya Dr. Lim Swee Tim.
: Ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Dr. Noorul Ainur Mohd Nur. Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
: Penyampaian hadiah.
* Anugerah Pusat Sumber Cemerlang.
* Pengguna Pusat Sumber Aktif.
* Ahli Pusat Sumber KPWKM bertuah.

11.30 pagi: Bersurai.



Sebagaimana tuan dan puan sedia maklum. Saya sendiri akan hadir membuat pameran dan jualan buku-buku PTS.

Oleh yang demikian, saya memohon masa daripada tuan dan puan yang sudi hadir meluangkan masa dalam satu jam sepanjang program ini berlangsung. Peluang yang ada ini, saya manfaatkan agar tuan dan puan dapat bermesra bersama para pembaca dan pembeli buku. Bertepatan dengan masa yang serentak berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC.

Lokasi Dewan Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini bersebelahan dengan stesen komuter Bank Negara. Sudah tentu, kemudahan ini cukup integrasi dari PWTC kerana stesen komuter Putra bersebelahan dengan stesen komuter Bank Negara.

Sekali lagi, saya memohon agar tuan dan puan dapat mengesahkan kehadiran ke program ini sebelum jam 9 pagi, hari Jumaat ini, 22 April 2011. Saya mahu memaklumkan kepada pegawai kementerian yang bertugas agar nama dan kehadiran tuan dan puan dapat diberitahu awal melalui saluran komunikasi mereka.

Segala pengorbanan masa dan tenaga tuan dan puan dapat meraikan ilmu dan budaya membaca untuk manfaat bersama.

Terima kasih.


Yang menjalankan tugas,
Wahyudi bin Mohd Yatim.
+6016 6611 849
Eksekutif Jualan,
PTS Bookcafe Sdn. Bhd.