Tuesday, June 16, 2009

Pembangunan Minda: Bagaimana Manusia Bertindak Di dalam Kehidupan Mereka?

“Many children who’ve lived with animals tend to behave like their foster parents: they walk on all fours, make the same noises as the dogs, wolves or other hosts, and can bite and be aggressive. This provides confirmation that they certainly did spend their formative years in the company of animals”.
Sumber: Feralchilden.com

Manusia adalah ‘Copycat’ yang hebat.

Pernahkah anda terfikir yang manusia adalah ‘copycat’ yang hebat. Jika anda pernah membaca buku dari Burke Hedges “Copycat Marketing 101”, anda pasti memahami kenapa manusia adalah ‘copycat’ yang hebat.

“Kanak-kanak tidak pernah boleh mengikut arahan dari orang dewasa dengan baik, tetapi mereka tidak pernah gagal meniru orang dewasa.”
-James Baldwin-

feral childrenSemenjak kita dilahirkan, kita telah belajar meniru pelbagai pekara tanpa kita sedari atau tidak kita disedari. Sememangnya, meniru merupakan BAKAT yang manusia tidak pernah pelajari. Dari kecil, KITA MENIRU daripada ibubapa atau penjaga kita terutama dari segi bahasa yang dipertuturkan, bagaimana kita berjalan, bagaimana kita mengunakan tangan untuk makan dan sebagainya.

Mungkin anda pernah terbaca berita di mana kanak-kanak yang digelar ‘Wolf Children’, ‘Dog children’ atau beberapa lagi haiwan akibat mereka ‘dibesarkan’ oleh haiwan tersebut. Para psikologi mendapati mereka meniru banyak cara-cara kehidupan haiwan yang memelihara mereka. Kamala dan Amala (India-1920) dijumpai merangkak dan mengeluarkan suara seperti seekor serigala. Malahan kedua-duanya mempunyai cara pandangan dan deria hidu yang baik seperti ‘penjaga’ mereka. Begitu juga seperti Djuma (Turkmenistan-1962), Miskukov (Kanak-Kanak Anjing) dan beberapa kes yang lain. Terdapat kanak-kanak yang berjalan merupai monyet gara-gara mereka meniru “ibubapa’ mereka di hutan.

Jika sifat semulajadi manusia telah ditetapkan seperti berjalan, bertutur dan bertindakbalas adalah sama kenapa terdapat kejadian tersebut. Kenapa terdapat manusia yang mempunyai tingkahlaku seperti haiwan tersebut? Sebenarnya, ini hanya membuktikan yang manusia adalah makhluk yang hebat dalam meniru. Manusia meniru berdasarkan permerhatiaan mereka sejak dari dilahirkan lagi. Dari perhatian dengan pancaindera Minda Sedar (conscious), manusia belajar dan merekod ke dalam Minda Bawah Sedar hingga menjadi tabiat atau tingkahlaku semulajadi manusia.

Tetapi jika kita adalah seorang yang hebat meniru, kenapa kita tidak meniru bagaimana para jutawan mencipta kekayaan mereka?

Dipetik dari Buku: “RAHSIA MINDA JUTAWAN”-(Buku TERLARIS 2008 PTS Publication & 10 buku POPULAR 2008 anjuran POPULAR-Berita Harian)