Tuesday, January 26, 2010

BHarian 26 Januari 2010

Muhyiddin umum 20 Sekolah Berprestasi Tinggi


PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi, membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.
Sekolah terbabit adalah:

Sekolah berasrama penuh:
1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka

Sekolah menengah harian:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah rendah:
1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

Kolej Akademi Penerbangan Antarabangsa Gulf Golden (GGIFA)

Najib misalnya, semasa berada di India memberi jaminan kononnya pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) tidak akan menjejaskan bumiputera kerana agensi yang bernaung di bawah kementerian itu sebelum ini seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) masih lagi berada di bawah kendalian menteri Umno, Shafie Apdal iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW) untuk membantu bumiputera.

Anehnya, nasib yang dihadapi oleh bakal juruterbang negara di Kolej Akademi Penerbangan Antarabangsa Gulf Golden (GGIFA) di Bintulu, Sarawak baru-baru ini jelas bercanggah dengan kenyataan presiden Umno itu.

Sejumlah 16 penuntut di kolej penerbangan itu tertekan apabila pinjaman biasiswa mereka yang telah pun diluluskan oleh MARA melalui surat bertarikh 21 Februari 2008, tiba-tiba dibekukan oleh agensi itu pada 4 November lalu.

“Penolakan secara tiba-tiba ini tidak boleh diterima dan tidak wajar kerana menghalang pelajar-pelajar terbabit daripada meneruskan cita-cita mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GGIFA Sairi Naim semasa sidang akhbar pada 17 Januari lalu.

Malah usaha pihak kolej itu bersama pelajar terlibat menghantar surat rayuan kepada pihak MARA turut gagal walaupun disertakan bersama surat sokongan dari pejabat Perdana Menteri (PM) dan KPLBW yang dihantar kepada MARA pada 9 September lalu.

Selain 16 bakal juruterbang negara yang telah memulakan pengajian selama 18 bulan ketika ini, sejumlah lapan lagi rakan mereka gagal memulakan kursus di kolej penerbangan itu akibat masalah yang sama, walapun MARA merupakan agensi tunggal yang menyediakan pinjaman pengajian kepada golongan Bumiputera dalam bidang penerbangan.

“Kami ingin tahu apa alasan MARA, kerana kami memenuhi kesemua syarat dan kelayakan yang diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA),” kata Muhd Izam Naroodin, yang bercakap bagi pihak rakan-rakannya.

Jika Najib menipu golongan Mahasiswa di Bintulu semasa berada di India, timbalannya pula menipu penduduk Sarawak semasa berucap di Bintulu.