Thursday, September 17, 2009

Petikan maklumat dari universitipts.com


Mulai 1 September 2009, Tn. Hisham Salmin (foto), Pengarah Kreatif PTS, kini dipindah ke jabatan marketing PTS bagi memperkuatkan lagi TimMarketing. Tugas-tugas lama beliau kini digalas oleh Tn. Zaidi.

Dengan kehadiran Tn. Hisham, kini anggota TimMarketing PTS menjadi 9 orang, 3 orang daripada mereka adalah bertaraf pengurus. PTS mempunyai rancangan menambah anggota TimMarketing menjadi 10 orang pada akhir tahun 2009. Ini menjadikan PTS sebuah penerbit buku ilmu yang mempunyai jabatan marketing paling kuat dan paling agresif.

Ketua pengurus jabatan marketing adalah Puan Norhazizam Abdul Rahman.
Ketua Unit Internet Marketing adalah Tn. Nazrul Samsudin (sebelum ini beliau adalah Pengurus PTS Profesional Sdn. Bhd.). Promosi dalam radio internet adalah di bawah tugas beliau.
Ketua Unit Periklanan adalah Tn. Hisham Salmin. Tuan Hisham kini menggalas tugas dan tanggungjawab membangunkan strategi periklanan PTS dalam media cetak, radio dan (akhirnya TV).

Puan Norhazizam menumpukan daya kreativiti beliau dalam aktiviti promosi PR (public relations), Events (promosi di dalam kedai buku dan di luar kedai buku) dan Merchandising (yang akan membolehkan jabatan marketing sebagai pusat keuntungan).

Sunday, September 13, 2009

Memulakan Latihan Industri

Hari ini, saya telah berada di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Menziarahi keluarga Kak Es dan Abang Mun. Dapatlah berjumpa Muiz, Fara dan Hana. Malam ini, saya akan ke rumah sewa di Taman Koperasi Polis Fasa II, Batu Caves.

Esok pagi, akan bermula Latihan Industri saya bersama syarikat PTS Publication & Distribution di Dolomite Business Park. Pengalaman baru yang saya tunggu-tunggu. PTS merupakan sebuah syarikat penerbitan yang terunggul masa kini. Sepanjang tempoh 9 tahun beroperasi, syarikat ini telah menjadi peneraju kepada revolusi dan evolusi buku-buku masa kini yang sesuai dengan selera masyarakat Malaysia dalam abad yang mendatang.

Saya sangat berbesar hati diterima untuk menjadi salah seorang peserta Latihan Industri di Syarikat PTS. Semoga usaha saya ini mendapat sokongan dan dokongan semua termasuklah seluruh warga kerja PTS, khususnya pengasas syarikat ini iaitu Puan Ainon. Harapan Puan Ainon untuk memandaikan bangsa pasti diteruskan sehingga ke akhir hayat.

Monday, September 7, 2009

Novel untuk Pembaca Jantan

Novel untuk Pembaca Jantan

Ciri-ciri cerita yang diminati oleh lelaki macam saya -- kata Sdr. Izwan 'Robotys'.

Profil diri:
1. Graduan Kejuruteraan
2. Profesion: IT (Security)
3. Umur: 20 an
4. Geografi asal: Sub-urban
5. Geografi sekarang: Urban

Topik diminati:
1. Sains (advance physics, bioteknologi, advance mathematics, metafizik)
2. Teknologi (IT, komputer, mekanik (cosmic-mechanic/bio-mechanic/pure-mechanic)
3. Fantasi (dunia "parallel", makhluk asing, angkasa lepas)
4. Geo-Politik
5. Alam Semulajadi (laut/awan/langit/gunung)

Ciri-ciri karya yang diminati:
1. Teknikal (sangat teknikal = sangat bagus!)
2. Penerangan teknikal yang mendalam.
3. "Twist" yang menarik. Seperti kisah Alien yang sememangnya wujud di bumi bukan daripada angkasa.

4. Strategi yang menarik. Meliputi strategi watak untuk keluar daripada kemelut cerita tersebut. Strategi tersebut mestilah sangat menarik dan jika boleh diceritakan dengan sangat lengkap (detail). Markah bonus untuk strategi tersebut boleh atau pernah diaplikasikan di dunia nyata. (rujuk Komik Apa)

5. Watak-watak tambahan yang tidak masuk akal, tetapi lojik dan boleh berlaku. Contoh: Watak Ketua Penjahat yang merupakan seorang yang sangat "Philosophic" seperti Gandhi. Seorang cacat wajah akibat disimbah asid tetapi menjadi penjaga perpustakaan sekolah.

6. Jika fiction: karisma watak tersebut hidup. Jika non-fiction: karisma penulis tersebut dapat dirasai dalam penulisannya.

7. Karya tidak meleret-leret (isi diulang lebih dari 2 kali, scene yang sama di ulang)

8. Watak perempuan jika perlu sahaja. Tidak ada pun tidak mengapa. (Kecuali cerita cinta)

ps: Kebanyakan ciri-ciri ini biasa didapati dalam karya komik Jepun (manga).

Tuesday, September 1, 2009

BUDAYA MEMBACA BOLEH DIWARISI


Budaya membaca sememangnya budaya yang memberikan impak yang positif terutamanya kepada individu yang mengamalkan budaya ini. Selain memenuhi masa lapang, ia juga dapat memberikan pengetahuan baru kepada si pembaca. Ini kerana melalui pembacaan sesebuah buku, sudah pasti akan ada sahaja pengetahuan yang tidak diketahui oleh pembaca. Tidak kiralah sama ada pembaca sememangnya membaca untuk mencari sesuatu fakta atau pengetahuaan yang tidak diketahuinya, ataupun secara kebetulan menemukan sesuatu pengetahuan tersebut hasil pembacaannya.

Budaya membaca ini pada pendapat saya boleh diwarisi dalam keluarga. Maksudnya, apabila seorang ibu atau ayah yang memang gemar membaca apa sahaja dan ditunjukkan di hadapan anak-anak, besar kemungkinan ia akan mempengaruhi anak-anak itu untuk membaca juga. Anak-anak menjadikan orang yang dewasa sebagai 'role model' mereka. Apa sahaja yang dilakukan oleh golongan dewasa ingin ditiru oleh kanak-kanak kerana mereka berpegang teguh pada tanggapan 'orang dewasa hebat, sentiasa betul dan bagus'. Sebagai galakan, ibu bapa perlu membelikan sekurang-kurangnya sebuah buku dalam sebulan atau sebuah buku dalam seminggu. Tidak kira apa sahaja buku, ia perlu dipupuk seawal umur anak 3 tahun.

Keluarga yang sentiasa gemar membaca, pasti tidak keseorangan kerana akan ada pewarisnya. Jika tidak seorang, pasti ada dua orang atau lebih ahli keluarga yang mempunyai hobi dan minat yang sama. Jelas di sini, budaya membaca di kalangan keluarga boleh dipupuk dari kecil agar dapat diwarisi dan sentiasa berkekalan bagi memastikan insan yang cintakan ilmu pengetahuan sentiasa ada dan tidak pupus ditelan arus kecanggihan teknologi tanpa sempadan.

MENYINGKAP MUKJIZAT SURAH AL-WAQIAH