Sunday, September 13, 2009

Memulakan Latihan Industri

Hari ini, saya telah berada di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Menziarahi keluarga Kak Es dan Abang Mun. Dapatlah berjumpa Muiz, Fara dan Hana. Malam ini, saya akan ke rumah sewa di Taman Koperasi Polis Fasa II, Batu Caves.

Esok pagi, akan bermula Latihan Industri saya bersama syarikat PTS Publication & Distribution di Dolomite Business Park. Pengalaman baru yang saya tunggu-tunggu. PTS merupakan sebuah syarikat penerbitan yang terunggul masa kini. Sepanjang tempoh 9 tahun beroperasi, syarikat ini telah menjadi peneraju kepada revolusi dan evolusi buku-buku masa kini yang sesuai dengan selera masyarakat Malaysia dalam abad yang mendatang.

Saya sangat berbesar hati diterima untuk menjadi salah seorang peserta Latihan Industri di Syarikat PTS. Semoga usaha saya ini mendapat sokongan dan dokongan semua termasuklah seluruh warga kerja PTS, khususnya pengasas syarikat ini iaitu Puan Ainon. Harapan Puan Ainon untuk memandaikan bangsa pasti diteruskan sehingga ke akhir hayat.