Tuesday, July 28, 2009

Indahnya Solat Subuh

Santapan Rohani
Indahnya Solat Subuh

“Waktu kecil-kecil dulu, kita kerap mendengar leteran ibu suruh bangun pagi dan bersolat Subuh. Kedinginan pagi mencengkam hingga ke tulang hitam, membuatkan mata berat dibuka Kalau bangun sekali pun, lama sekali duduk di birai katil. Kononnya nak buang kelat mengantuk. Menguap beberapa kali, akhirnya tertidur semula. Ibu menjerit lagi dari dapur. “Bangun cepat, Subuh dah
nak habis...!”

Kini apabila diri sendiri bergelar ibu atau bapa, baru kita tahu betapa sukarnya menggerakkan anak bangun Subuh. Jeritlah sampai keluar anak tekak, anak tetap pekakkan telinga. Jangan kata anak kecil liat bangun solat Subuh, orang dewasa pun ada yang tidak boleh bangun pagi, Melainkan jika kita tahu betapa solat Subuh itu mengundang banyak pahala dalam hidup, tentu kita tidak teragak-agak meninggalkan tilam empuk untuk bersolat Subuh.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa yang bermaksud :
“Sesungguhnya solat itu merupakan kewajipan yang ditentukan kepada orang yang beriman.”

Daripada ayat di atas, sudah jelas lagi nyata kepada kita bahawa solat yang menjadi rukun Islam kedua itu wajib kepada umat Islam yang cukup syaratsyaratnya kecuali bagi mereka yang belum baligh, gila dan sebagainya. Keistimewaan solat ini adalah perintah secara langsung daripada Allah SWT kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Israk dan Mikraj, tidak seperti ibadah lain iaitu Nabi mendapat wahyu melalui Malaikat Jibril.

Solat ini ibu bagi segala ibadah dan kita seharusnya mempelajari cara solat yang betul supaya solat kita sempurna. Dengan itu, ia akan mencegah kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam Surah Al- Ankabut, ayat 45 yang bermaksud :

“Sesungguhnya dengan melaksanakan solat itu, dapat mencegah seseorang daripada melakukan perkara keji dan mungkar.”

Ibu bapa memainkan peranan penting mengajar dan memastikan anak solat ketika kecil agar amalan ini diteruskan sampai bila-bila sebagai kewajipan sebagai orang Islam.

Firman Allah di dalam surah An-Nisa ayat 103, “Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

2 comments:

Unknown said...

Kerap kali agama, ayat Quran mahu pun hadis digunakan untuk tujuan yang selain dari maksud agama dan semata-mata kerana Allah. Ayat Quran dan hadis sudah jadi mangsa untuk digunakan hanya untuk berhujah dan menegakkan pemahaman sendiri atau pun prinsip parti siasah yang mereka wakili.


Segala nas, hadis dan qias dikorek untuk digunakan dalam mempengaruhi orang lain supaya mengikut fahaman parti mereka.

Ketaksuban kepada gerakan siasah tidak lagi dapat dibezakan dengan perjuangan menegakkan agama hingga perjuangan mereka terhadap parti yang mereka wakili dianggap sebagai sebahagian dari jihad terhadap agama dalam menegakkan kalimah Allah di mukabumi.

Kekuatan ‘semangat dan ketaksuban’ mereka dalam membawa perjuangan parti siasah telah dianggap sebagai kononnya kekuatan ‘iman’ mereka dalam menegakkan agama.

Kekuatan semangat yang sebenarnya berpunca dari nafsu amarah i.e nafsu inginkan takhta(kuasa) telah disalah tafsir sebagai kekuatan iman yang datangnya dari keikhlasan dan keistiqlasan terhadap keagungan kalimah Allah.

Kononnya dengan bertaklid bahawa apabila ‘ada kuasa’ mudahlah agama ditegakkan di mukabumi.

Sudah penulis bagi analogi dan kiasan yang sama berkali-kali dengan harapan mereka yang tergolong dalam terowong ketaksuban ini terbuka minda dan hati untuk belajar mengakui bahawa kita tidak sesempurna sepertimana zaman keagungan Islam.

Analogi paling mudah yang penulis selalu tulis ialah, kalau hal-hal yang remeh seperti adab memotong kuku, adab nak terkencing atau pun adab ketika masuk dan keluar dari rumah pun nabi tunjukkkan kepada umatnya, inikan pula adab untuk menegakkan kalimah Allah di mukabumi…!

Mestilah ada cara dan pensekatan tertentu yang nabi telah tunjukkan kepada para sahabat baginda.

Unknown said...

Orang Islam yang jauh dari agama juga adalah sewajibnya menjadi tugas orang-orang yang kononnya dekat dengan agama untuk menyeru dan membawa mereka kembali kepada agama seperti mana JALAN YANG TELAH DITUNJUK OLEH NABI dan bukan terikut-ikut dengan jalan yang ditunjuk oleh yahudi atau nasrani.

Strategi berpolitik dan berperang ala yahudi termasuk perjuangan menegak kalimah Allah melalui pentas demokrasi telah ditaklid dan dianggap sebagai hikmah, hemah dan helah dalam berjuang menegakkan kalimah.

Alasan yang mereka berikan ialah sudah tiada pilihan dan zaman nabi dulu belum ada demokrasi.

Merasa teruja dengan sunnah yahudi dan nasrani dan berkeyakinan cara ini juga mampu menegakkan kalimah Allah adalah satu kesalahan paling besar.

Tidak hairan kepada kita, pelbagai gerakan samada melalui parti siasah atau jemaah sehingga kini belum pernah berjaya menegakkan negara dan dunia Islam yang kononnya mereka cita-citakan.

Hassan Al Bana yang menjadi idola mereka juga tiada satu pembuktian pun dapat dijadikan contoh bahawa gerakan Ikwan Muslimin mereka telah berjaya, samada di Mesir atau di mana juga.

Adakah puak-puak ini merasakan sunnah atau pendekatan Hasan Al Bana lebih praktikal dan relevan dari pendekatan nabi, khalifah Rashidin atau pun warisan ikutan mereka? Atau mereka beranggapan Hasan Al Bana itu termasuk dalam warisan ikutan nabi?

Sikap menuduh orang yang tidak sehaluan dengan mereka jahil murakab, bersifat abu jahal dan sesat adalah jelas merupakan satu sikap warisan Azazil laknatullah yang taksub dan ujub pada diri dan tidak mahu langsung mengiktiraf kebaikan yang dilakukan oleh orang lain.

Sifat warisan Azazil inilah yang akan menghumbankan umat Islam ke lembah kehancuran. Sifat warisan Azazil ini selalunya hinggap kepada orang yang merasakan diri mereka alim dan tahu selok belok agama.

Bodohlah Iblis kalau dia hantar iblis yang alim untuk menyesatkan orang jahil. Iblis yang alim akan bertugas menyesatkan orang yang alim. Bukankah itu strategi perang dan politik iblis?

Mana mungkin iblis mengambil pendekatan merosakkan orang alim dengan mengajak orang alim supaya berseluar pendek atau mengajak ke disko. Iblis akan gunakan pendekatan melalui agama juga kalau nak rosakkan orang alim.

Kalau iblis ajak orang alim minum arak, siang-siang lagi orang alim akan cakap…..itu haram.

Tapi kalau iblis ajak…..mari kita daulatkan Islam. Hapuskan jejuak UMNO sesat kerana jejuak umno ni tidak mengambil Islam sebagai ikutan. Adalah menjadi kewajiban kita untuk memerangi mereka…!

Mari kita susun strategi perang waima bersekongkol dengan DAP asal Islam dapat kita tegakkan dan jejuak UMNO sesat dapat kita hapuskan…!

Bukankah ayat ini kelihatan seperti menegakkan agama? Berapa banyak nas, hadis dan qias yang boleh digunakan untuk menghalalkan perjuangan mereka kononnya diredhai Allah?

Kalaulah ini pendekatan yang ditunjukkan oleh nabi dulu, sampai sekarang pun datuk nenek kita masih menyembah pokok..!

Inilah yang dikatakan tipu-tipuan syaitan kepada ahli agama….

Post a Comment