Tuesday, August 4, 2009

ISLAM: Adil Untuk Semua




“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim, walaupun sebesar debu.” (Surah an-Nisak : 40)


Keadilan mengikut pentafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana dikongkong perasaan perkauman, bangsa, pengaruh harta, pangkat dan monopoli politik. Islam tampil menjadi penyelamat serta pelindung dalam menjaga keadilan, kebebasan dan hak semua manusia tanpa menafikan prinsip demokrasi.


Menurut Orentalis Barat Snouck Hurgronje, “Yang wajib ditakuti oleh pemerintah barat bukanlah Islam sebagai agama, tetapi islam sebagai doktrin politik”. Kesannya, Islam difitnah sebagai agama kolot, menindas, merendahkan hak wanita, melaksana undang-undang rimba dan monopoli harta.


Buku ini mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam menjaga dan memelihara keadilan kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Ia merangkumi pentadbiran politik, transaksi ekonomi, kesaksamaan sistem kehakiman, hak keadilan wanita dan orang bukan Islam. Buku ini juga menjelaskan asas-asas adil dalam islam dan fasafah serta prinsip keadilan Islam secara mudah dan terperinci.

Apa Erti Adil
Politik dan Amanah
Islam dan Demokrasi
Diktatorship dan Teokrasi
Peranan Ulil Amri
Adil Syarat Wajib
Keadilan Undang-Undang
Siasah Syar’iyyah
Kehakiman
Keadilan Ekonomi
Keadilan Masyarakat
Pembebasan Hamba
Hukuman Qisas
Islam dan Hubungan Antara Bangsa

Bab Kehakiman

Badan kehakiman diberi hak mengendalikan pertelingkahan dalam masyarakat dengan kebebasan yang tersendiri, tanpa diganggu oleh pihak yang lain. Nabi Muhammad sebagai rasul pilihan Allah menjadi contoh yang ulung dan unggul, tidak menyalahgunakan haknya menjadi ketua negara apabila berlaku pertelingkahan antara manusia dan dalam banyak peristiwa. Nabi Muhammad berjaya memisahkan kedudukannya sebagai ketua negara dan tidak mempengaruhi kehakiman dengan melantik orang lain menjadi hakim dalam perkara yang melibatkan peribadinya tanpa apa-apa gangguan. Keadaan ini menyebabkan orang Yahudi dan Musyrikin yang paling bermusuh dengan Islam berubah menjadi penganut Islam dan sahabat yang setia. Mereka melihat keadilan Islam secara langsung terhadap diri mereka sendiri dan perkara ini tidak berlaku di kalangan mereka sebelum kedatangan Islam.

Sebelum wafat, ketika dalam keadaan uzur, Nabi Muhammad datang ke masjid. Setelah menunaikan sembahayang, baginda menyampaikan pidatonya yang berbunyi, “Sesiapa yang aku jatuhkan maruahnya sila beritahu, supaya aku dihukum kerana menzalimi maruahnya. Sesiapa yang aku zalimi hartanya sila nyatakan, supaya aku membayar gantinya. Sesiapa yang aku pukul belakangnya, ini dia belakangku silalah balas ke atas belakangku ini.”

Menurut satu peristiwa, baju rantai kepunyaaan Khalifah Ali hilang, tiba-tiba dijumpai berada ditangan seorang Yahudi kafir yang paling bermusuh dengan umat Islam. Khalifah Ali tidak merampasnya secara paksa, tetapi dibawa ke mahkamah. Apabila Khalifah Ali tidak dapat mengemukakan saksi, hakim tidak membenarkan baju rantai itu dirampas, sebaliknya diserahkan kepada Yahudi itu. Setelah keluar daripada mahkamah, lelaki Yahudi itu menghadap Khalifah Ali. Dia mengaku baju itu sebenarnya kepunyaan Khalifah Ali, lalu menyerahkan baju itu kepada Ali dan berikrar masuk Islam kerana melihat keadilannya.

No comments:

Post a Comment