Wednesday, June 24, 2009

Kuasa Minda

Perbezaan antara manusia biasa (ordinary person) dengan manusia luar biasa (a genius) adalah manusia biasa tidak tahu apakah yang ada pada MINDA SEPARA SEDAR-nya, TETAPI manusia hebat/genius (a genius) telah menggunakan pengetahuan tersebut.”

Imam Jafar Sadiq (as)

Reference: The Great Muslim Scientist and Philospher,

brain_anim

Segala hal yang pernah dicapai manusia pastilah bermula dari pemikiran. Albert Einsteinkekuatan fikiran yang membawa kepada penciptaan bom atom ke tengah peradaban dan mengakibatkan perubahan secara total bagi umat manusia (Einstein memperkenalkan teori atom kepada dunia). Adolf Hitler bermatlamat untuk melahirkan satu bangsa yang paling unggul dan hampir merosakkan dunia. Manakala Beethovan memiliki gambaran-gambaran muzik luar biasa di otaknya yang telah menghadirkan karya muzik hebat iaitu memiliki 5th Symphony.

Jadi…apakah yang ada sebenarnya ditawarkan oleh otak dan pemikiran kepada manusia dan kehidupan?


Ia mempunyai pelbagai FUNGSI, KEMAMPUAN dan KEKUATAN. Sudah pasti manusai itu tidak mampu merungkai setiap apa yang mampu disediakan untuk manusia. Ia sebuah kekuatan yang boleh menjadi LUAR BIASA Kekuatan yang mampu MEMBANGUNKAN SATU TAMADUN atau MAMPU MEMUSNAHKAN SATU KEHIDUPAN.


KEKUATAN dan KUASA yang dimiliki oleh MINDA mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas kehidupan manusia mahupun pada tubuh badan individu itu sendiri. Dengan demikian, ia mampu digunakan untuk meningkatkan dan memperbaiki kualiti kehidupan yang kita lalui setiap hari.


Sebuah kajian yang telah diketahui dan tersebar hampir seluruh dunia tentang kekuatan minda manusia mendapati bahawa kebanyakan manusia hanya menggunakan sekitar di bawah 10% saja dari kapasiti kemampuan otak Manakala orang yang berjaya pula telah menggunakan lebih dari 10% dari kapasiti kemampuan fikirannya. Mereka ini telah berjaya mengaktifkan kekuatan fikirannya. masing-masing.



Otak manusia mempunyai struktur dan fungsi yang sangat kompleks dan belum habis untuk diketahui. Malahan kajian terbaru menganggarkan angka peratusan yang lebih kecil kegunaan secara puratanya oleh individu biasa iaitu sekitar 3-5% sahaja kekuatan otak.

Otak adalah Super-Komputer ciptaan Tuhan yang sebenarnya jauh lebih canggih dari komputer mana-mana buatan manusia. Bersyukurlah kita…. ini karena otak memungkinkan manusia dapat memilih sendiri keputusannya sebelum melakukan suatu pemikiran dan tindakan, dimana pemikiran dan tindakan tersebut akan menghasilkan pancaran energi tertentu ke alam semesta.


Malangnya, ramai individu tidak mengenali dan tahu menggunakan kemampuan dan kekuatan yang mereka miliki. Malahan POTENSI TERPENDAM ini TERBIAR, TERABAI dan DILUPAKAN. Manusia menjadikan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa ini seperti tidak wujud dalam kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment