Sunday, June 14, 2009

Keluarga Haji Mohd Yatim & Hajah Suminam

Untuk pengetahuan rakan-rakan.... ini adalah gambar keluarga saya... berdiri dari kiri.. Abg Idi, suami kepada Kak Izan. Yasmin adik yang bongsu, Aini adik yang ke-5, Yulis adik yang ke-4, saya, Abg Mun suami kepada Kak Es. Berdiri di hadapan dari kiri.. Farah anak kedua kepada Kak Es, Nur Hafizah anak kepada Kak Izan, Kak Izan, Abah, Mak, Kak Es, atas riba Hanna, Hasril anak kepada Kak Izan, Muiz anak kepada Kak Es..
Tiada dalam gambar... Muhammad Harith bin Rasidi.
masa ambil gambar nie.. dia belum lahir lagi... hehehehe...
Harith.. nanti kita ambil gambar baru pakai baju baru warna lain pula....

2 comments:

Unknown said...

Ketika genap usia kemerdekaan negara 52 tahun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar terus bersedia bagi menghadapi cabaran-cabaran sedia ada dan meruntuhkan tembok-tembok pemisah antara kaum.

Pastinya, ingatan dari Perdana Menteri tersebut penuh bererti apatah lagi sejak kebelakangan ini ada segelintir pihak yang sengaja cuba menimbulkan provokasi bagi mengganggu gugat kesejahteraan negara dengan cubaan menghidupkan api perkauman.

Sesungguhnya, tindakan sedemikian yang sanggup menggadaikan kedaulatan negara, keamanan rakyat dan mengganggugugat perpaduan demi kepentingan peribadi dan agenda politik sendiri adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

Lantaran itu, adalah menjadi tugas semua pihak untuk memastikan kesedaran sebagai warga yang benar-benar ikhlas melaksanakan amanah demi tanah air tercinta; paling mudah menilai antara kaca dengan permata.

Fikirkanlah, sejak 52 tahun yang lalu, perkongsian dan permuafakatan dalam pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat telah digunapakai malah sebelum merdeka lagi konsep kebersamaan inilah yang mampu mempercepatkan proses kemerdekaan apabila British yakin dengan keamanan yang terbentuk hasil perpaduan tanpa pertumpahan darah.

Unknown said...

MPIAN pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan sendiri bukan hanya kabur malah ibarat angan-angan yang tidak mungkin akan tercapai.

Sesungguhnya bukan mudah untuk membentuk satu kesatuan dalam kepelbagaian sebagaimana yang mahu diaplikasikan oleh pakatan campuran, jelas menunjukkan mahu meniru gabungan Barisan Nasional (BN) yang kekal kukuh menjelangnya 52 tahun kemerdekaan.

Impian pakatan pembangkang, yang terus berada dalam khayalan, bertindak ibarat mereka berkuasa dan bercakap angkuh sepertinya mereka memegang tampuk pemerintahan sedangkan realitinya tidak seindah yang digambarkan.
Pertelingkahan demi pertelingkahan yang melibatkan bukan hanya dikalangan para pemimpin antara tiga parti bersekutu iaitu PAS-PKR-DAP malah ia juga telah menular ke kalangan ahli-ahlinya yang semakin pudar kepercayaan.

Sesungguhnya, kepincangan demi kepincangan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang sudah tidak mampu disembunyikan. Manakan tidak, di kalangan pemimpinnya juga rasa tidak puas hati telah lama kedengaran ekoran terlalu taksub mengejar pangkat dan kuasa lantas tanggungjawab dan amanah gagal dilaksana.

Dari sehari ke sehari, rakyat disajikan dengan pelbagai kebobrokan yang menterjemahkan sendiri nilai keperibadian para pemimpin dalam pakatan campuran.

Lihat sahaja bagaimana di Selangor, dari isu penyalahgunaan kuasa kerana dikaburi dengan wang ringgit hinggalah kepada ketidakpuasan hati para penduduk tempatan dengan langkah lepas tangan dan samberono para pemimpinnya.

Isu penjualan arak di kalangan penduduk Islam tidak selesai, pembinaan kuil di kawasan masyarakat Melayu juga tidak diambil peduli selain para pemimpin dalam pakatan campuran di Selangor bergelut dengan masalah peribadinya sendiri termasuklah Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim yang mempunyai hutang hingga menjangkau RM66 juta.

Post a Comment