Tuesday, June 30, 2009
Apakah Najib berani berdebat?
Draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.
“Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno,” katanya kepada pemberita selepas mengimamkan Solat Sunat Dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini pagi ini.
Nik Aziz berkata, hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.
Persoalannya sekarang apakah Dato’ Seri Najib berani menyahut cabaran Tok Guru Nik Aziz untuk berdebat? Kalau berdebat dengan Saiful bontot, mungkin Najib berani
HOT..!!! Pelajar di Sedut Hantu Puaka...!!!
Dua pelajar Universiti Malaya ditahan polis sejak minggu lalu berhubung contengan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.
Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan 7 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.
Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan Jumaat lalu di Petaling Jaya, kata seorang pemimpin pelajar kepada Malaysiakini hari ini.
Kedua-dua pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam - yang ditahan di ibu pejabat polis Brickfields - belum dibebaskan, setakat ini.
Saturday, June 27, 2009
Building for the Future
The Big Bad Wolf: “I’ll huff . . . and I’ll puff . . . and I’ll blow your house down!”
In the fairy tale, the first two pigs learned their lesson and soon built their own houses of brick, and they all lived happily ever after. But as you know, the Three Little Pigs is just a fairy tale. In real life, people ask the government to rescue them with taxpayer money, and then they rebuild their straw and stick houses all over again. The fairy tale continues, lessons are not learned—and the wolf lurks in the darkness.
All over the world, people are asking, “What are our leaders going to do?” I believe a more important question is, “What are you and I going to do?” More specifically, “How can you and I build our own house of bricks?”
Katerina Visit for INSEP event...
RKA "dreamteam" from left ~ Zul, Ezaq, Linda, Edi.
this lady is ex-RKA also want to interframe, Tasa :-)
RKA "dreamteam" did the evaluation
Another angle of view for the stage...
susunan kerusi dalam dewan. "Keselesaaan Perkara Utama"
This is the situation stage inside ballroom....
"bruupp".... alhamdulilllah... dah kenyang...
lega dah kenyang... lepas penat fikir pasal 'event' nie....
Friday, June 26, 2009
Intan Abdullah Wed | Jun 24, 09 | 3:28:18 pm MYT | |||||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Kerajaan digesa agar mencari penyelesaian bagi membantu masalah kenaikan tambang pengangkutan awam dalam keadaan kemelesetan ekonomi negara. Demikian ujar Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Aziz. "Semasa krisis kenaikan harga minyak dunia, kerajaan telah memperuntukkan lebih RM4 bilion untuk menyelesaikan masalah tersebut, jadi sejauh manakah pencapaian yang telah diperolehi selepas suntikan kewangan tersebut khususnya selepas kenaikan surcaj sebanyak 30 peratus?" katanya pada sesi soal jawab lisan hari ini. Menjawab persoalan tersebut, Nazri menyatakan bahawa kenaikan tambang pengangkutan awam yang diumumkan baru-baru ini seiring dengan keadaan semasa pengusaha pengangkutan awam yang kini berdepan dengan masalah kewangan bagi menampung kos-kos lain. "Para pengusaha bukan sahaja terpaksa menanggung kos minyak, malah insuran, ansuran bulanan, gaji pemandu, kos selenggara kenderaan dan sebagainya. "Sebab itulah kita mengekalkan kenaikan harga tambang," katanya lagi. Meskipun begitu ujarnya, kerajaan dan para pengusaha pengangkutan awam perlu mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan. Sementara itu, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) menempelak jawapan Nazri itu dengan mengulangi soalan yang dikemukakan Siti Zailah dengan menyatakan bahawa jawapan tersebut hanya sesuai dalam keadaan ekonomi negara berada pada kedudukan sebelum ini. "Dalam keadaan ekonomi kita stabil, bolehlah Menteri bagi jawapan begitu," ujarnya. Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberikan respons kepada soalan yang dikemukakan Khalid dengan berseloroh bahawa ianya tidak memenuhi kriteria Penunjuk Aras Pencapaian (KPI) yang dikehendaki dalam perbahasan Dewan Rakyat. "Ini tidak termasuk dalam KPI..," ujarnya sambil disambut gelak tawa sidang Dewan. - mns_ |