Tuesday, January 5, 2010

Petikan Info dari UniversitiPTS

Tip Survival Penulis: Berbagai Cara Penerbit Buku Menipu Kiraan Royalti


Berbagai cara penerbit dapat menipu penulis berkenaan kiraan royalti buku. Penipuan yang paling utama dan paling serius dilakukan oleh penerbit kepada penulis adalah dengan menipu jumlah cetakan sebenar buku penulis. Tujuannya adalah bagi menipu kiraan royalti.

(i) Tidak memberitahu maklumat sebenar tentang jumlah cetakan.

Sebagai contoh, penerbit memberitahu penulis bukunya dicetak 3 ribu naskhah padahal buku itu dicetak 5 ribu naskhah.

(ii) Tidak memberitahu berapa sebenarnya jumlah naskhah yang terjual.

Sebagai contoh, buku itu terjual 5 ribu naskah tetapi penulis diberitahu cuba 3 ribu naskhah sahaja terjual.

(iii) Tidak memberitahu penulis bahawa bukunya sudah diulangcetak.

Sebagai contoh, walaupun buku itu dicetak semula, tetapi pada imprint buku itu masih ditulis "cetakan pertama".

(iv) Memberitahu penulis manuskripnya ditolak, sebenarnya tidak.

Sebagai contoh, manuskrip yang kononnya ditolak itu kemudian diterbitkan dengan meletakkan nama orang lain, yang sebenarnya nama itu adalah nama palsu.

(v) Tidak melaporkan dengan tepat kiraan royalti penulis.

Sebagai contoh penulis diberitahu diskaun kepada agen adalah 50% sedangkan yang sebenarnya hanya 35%.

(vi) Potongan naskhah untuk promosi.

Sebagai contoh, penerbit memotong 50 naskhah untuk promosi, jadi penulis tidak akan menerima royalti daripada 50 naskhah itu. TETAPI sebenarnya jumlah yang dikeluarkan bagi tujuan promosi cuma 4 naskhah.

(vii) Memberitahu maklumat salah kepada penulis.

Sebagai contoh, penerbit memberitahu penulis konon bukunya tidak laku, padahal buku itu laku dan diulangcetak berkali-kali, tetapi mengekalkan "cetakan pertama 2000" setiap cetakan.

Banyak lagi cara-cara yang dapat digunakan oleh penerbit bagi menipu kiraan royalti penulis. Itulah sebabnya penulis perlu bertanya kepada penulis-penulis lain bagaimana royalti mereka dibayar oleh penerbit masing-masing sebelum membuat pilihan penerbit.

No comments:

Post a Comment