Monday, December 14, 2009

Terbang Tinggi.

Kisah Latif yang bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang jurutera kapal terbang mendapat halangan dan rintangan yang cukup mencabar. Setelah tamat peperiksaan PMR dengan mendapat keputusan 4A, 4B, Latif ditawarkan masuk ke dalam kelas sains di tingkatan 4. Keazaman dan kesungguhan beliau cukup teruji. Dalam suasana kampung yang tidak membantu beliau menjelaskan cita-cita dan semangat itu.

Latif selalu bercerita tentang Prinsip Bernoulli kepada rakan-rakannya iaitu Hasnul dan Rahim. Mereka berdua menjadi pendengar yang setia kepada Latif. Mereka begitu tekun dan belajar bersungguh-sungguh untuk ke menara gading. Latif cukup gemar akan subjek fizik. Hasnul pula gemar akan subjek kimia, manakala Rahim suka akan subjek Matematik Tambahan.

Sepanjang dua tahun mereka di tingkatan menengah atas. Pelbagai kisah suka, duka mereka bertiga. Terutama Latif yang begitu tekad untuk mengikut Pakciknya yang bekerja di Syarikat Penerbangan yang terkemuka di Malaysia.

Mampukah Latif mendapat izin daripada kedua ibu bapanya untuk bekerja di Subang selepas tamat peperiksaan SPM.


Kita tunggu.....

Wednesday, December 9, 2009

Hari-hari yang berlalu.

Tanpa disedari, kita semua telah berada di penghujung tahun. Penghujung untuk kedua-dua tahun. Tahun Hijrah dan Masihi. Perjalanan hidup ini diteruskan seperti biasa.
Meneruskan perjuangan hidup dan matlamat-matlamat yang masih ingin dicapai.

Bukan khayalan, juga bukan fantasi. Ini adalah kejadian yang benar-benar berlaku. Selain daripada menambah tabungan wang untuk diri sendiri tetapi tabungan wang untuk terus beramal dan mempelbagaikan kemahiran diri. Memuaskan hati diri sendiri dengan ilmu-ilmu yang boleh memberi kepuasan.

1) Deen Wahyu Enterprise memang sudah didaftarkan kepada SSM.
2) Sudah mula beroperasi secara kecil-kecilan.
3) Perniagaan 'Network Marketing' Amway2u.com masih diteruskan walaupun pergerakannya sangat lembab.
4) Tabungan di Public Mutual (China Iktikal) mesti dan mesti ditambah.
5) Blog berkaitan industri penerbangan telah dibina iaitu
http://pesawatwahyudeen.blogspot.com
6) Kredit kad CIMB mesti dikurangkan hutangnya secepat mungkin.
7) PTPTN yang masih menyesakkan fikiran. Perlu cari duit terpijak. Hahahar.
8) Saman polis traffik mesti dijelaskan. Bahaya. RM550.00 sahaja.
9) Buku Log INSEP lengkapkan dan hantar ke CEC.


Tahun 1431 Hijrah. Tahun 2010 Masihi.
Memang ada azam baru. Ada juga azam lama diberi nafas baru. Lebih segar dan menyegarkan. Ada matlamat tahun 2009 sudah tercapai. Ada juga gerak kerja 2009 disambung ke 2010. Antaranya.

a. Menambahkan modal pusingan Deen Wahyu Enterprise.
b. Meningkatkan jualan operasi & keuntungan yang memuaskan.
c. Ramaikan lagi ahli-ahli dalam Amway2u.com
Perlu kembali agresif dan lebih panas dari tahun 2009. Kembali berguru bersama
Diamond Ramly & Norlizah.
d. Perkukuhkan rangkaian kumpulan Amway yang sudah sedia ada.
Semak status akaun Amway2u di Ibu Pajabat.
e. Banyakkan membaca buku-buku fiksyen. Walaupun sebenarnya tidak minat baca
novel.
f. Jumpa semula rakan-rakan dalam BWW Network. Susun jadual dan gerak kerja untuk
bengkel, rancangan terbuka dan struktur bonus Amway.
g. Ada Majlis Anugerah INSEP di Kampus UTHM, Parit Raja, Batu Pahat.

Selebihnya, akan terus dikemas kini dari semasa ke semasa.

Sunday, December 6, 2009

Menangi set buku penulis antarabangsa bernilai RM150.00!




Saya sudah membaca buku ini.
Ulasan saya:
Penyampaian yang santai tetapi penuh dengan pengisian tersurat dan
tersirat. Membuka horizon baru kepada diri saya tentang realiti
hubungan suami dan isteri.

Sunday, November 22, 2009

Aspek Kajian Sastera

Sinopsis
Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.
Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.

Tema dan Persoalan
Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.



Watak dan Perwatakan
Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.

Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.

Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.

Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.

Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.

Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.

Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.

Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.

Petikan Info dari UniversitiPTS

Struktur Plot Surah Yusuf

Salah satu isu yang lazimnya menjadi kesukaran bagi penulis-penulis baru adalah bagaimana hendak menyusun plot cerita. Dalam erti kata lain, apakah episod yang hendak digunakan bagi membuka cerita?


Dalam model novel Islami yang didasarkan pada surah Yusuf, susunan plot adalah mudah, iaitu berdasarkan kronologi kejadian. Kejadian yang awal diletakkan di depan, dan kejadian terakhir diletakkan di hujung novel.


Dalam surah Yusuf, urutan peristiwa berkembang selari dengan peningkatan usia Nabi Yusuf. Peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa Nabi Yusuf masih kecil diceritakan lebih dahulu, diikuti oleh peristiwa-peristiwa apabila beliau menjadi pemuda dewasa, dan akhirnya peristiwa-peristiwa semasa beliau menjadi menteri perbendaharaan Mesir.


Plot cerita dalam surah Yusuf tidak disusun culang-caling, sebentar melompat ke hadapan, sebentar melompat undur ke belakang, ke kiri dan ke kanan. Tidak ada penggunaan teknik flashback ataupun flash-forward ataupun parallel plot.


Berikut adalah urutan peristiwa dalam kisah Nabi Yusuf.

1. Si kecil Yusuf memberitahu ayahnya, Nabi Yaakub, dia bermimpi 11 bintang, matahari dan bulan tunduk kepadanya.

2. Ayahnya memberitahu Yusuf supaya merahsiakan mimpinya itu daripada pengetahuan abang-abangnya.

3. Abang-abang Yusuf berpakat hendak membunuh Yusuf.

4. Abang-abang Yusuf memujuk ayah mereka supaya membenarkan Yusuf ikut pergi bermain2.

5. Abang-abang Yusuf mencampakkan Yusuf ke dalam perigi.

6. Abang-abang Yusuf pulang dengan membawa baju Yusuf yang dilumuri darah palsu.

7. Sekumpulan pengembara lalu dan menghulurkan timba ke dalam perigi. Yusuf bergantung pada tali timba.

8. Yusuf dijual di pasar sebagai hamba.

9. Yusuf dibeli oleh al-Aziz dan dibawa pulang lalu diserahkan kepada isterinya, Zulaikha, supaya dijaga.

10. Yusuf dewasa dan isteri majikannya jatuh cinta kepadanya.

11. Nabi Yusuf diperangkap oleh Zulaikha supaya masuk kamarnya.

12. Zulaikha menarik baju Nabi Yusuf sehingga terkoyak.

13. A-Aziz tiba-tiba muncul di depan pintu.

14. Zulaikha berdusta kepada al-Aziz.

15. Saksi memberitahu al-Aziz tentang di mana koyaknya baju Nabi Yusuf.

16. Zulaikha mengadakan jamuan untuk wanita-wanita Mesir.

17. Wanita-wanita Mesir terpotong jari mereka sendiri apabila terpandang Nabi Yusuf.

18. Al-Aziz berjaya memenjarakan Nabi Yusuf.

19. Di dalam penjara, Nabi Yusuf berkenalan dengan 2 orang rakan banduan.

20. Nabi Yusuf mentakbirkan mimpi 2 orang banduan itu.

21. Banduan pertama dihukum salib. Banduan kedua dibebaskan. Nabi Yusuf meminta banduan kedua menceritakan nasibnya tetapi banduan itu terlupa.

22. Raja Mesir bermimpi.

23. Banduan kedua teringat kpd Nabi Yusuf lalu pergi menemuinya lalu meminta Nabi Yusuf mentakbirkan mimpi Raja.

24. Nabi Yusuf menerangkan makna mimpi Raja kepada bekas banduan itu.

25. Banduan menerangkan takbir mimpi yang diberi oleh Nabi Yususf kepada Raja.

26. Raja Mesir menyuruh Nabi Yusuf dibawa ke hadapannya.

27. Nabi Yusuf bertanya apa khabar perempuan2 yang tangannya luka.

28. Raja Mesir menyiasat apa yang sebenarnya terjadi.

29. Zulaikha mengaku dia bersalah dan Nabi Yusuf tidak berdosa.

30. Nabi Yusuf memaafkan Zulaikha dan al-Aziz.

31. Raja Mesir melantik Nabi Yusuf menjadi penasihat.

32. Nabi Yusuf meminta dia dilantik menjadi penjaga Perbendaharaan negeri Mesir.

33. Kemarau panjang berlaku sebagaimana yang ditakbirkan dalam mimpi Raja Mesir.

34. Abang-abang Nabi Yusuf datang ke Mesir menemuinya dengan tujuan hendak membeli makanan. Ayah mereka tidak membenarkan Bunyamin ikut pergi.

35. Nabi Yusuf meminta abang-abangnya datang lagi dengan membawa Bunyamin, kalau tidak mereka tidak boleh membeli makanan lagi.

36. Nabi Yusuf menyuruh pembantu memasukkan barang tukaran makanan ke dalam buntil makanan abang-abangnya.

37. Abang-abang Nabi Yusuf memujuk ayahnya supaya membenarkan Bunyamin ikut mereka ke Mesir pada masa akan datang.

38. Mereka membuka buntil makanan dan mendapati barang tukaran mereka dikembalikan oleh Nabi Yusuf.

39. Abang-abang Nabi Yusuf bersumpah akan menjaga Nabi Bunyamin.

40. Abang-abang Nabi Yusuf pergi ke Mesir membawa Nabi Bunyamin.

41. Nabi Yusuf memperkenalkan dirinya kepada Nabi Bunyamin sahaja.

42. Nabi Yusuf menyuruh dimasukkan piala minum raja dalam buntil unta Nabi Bunyamin.

43. Nabi Yusuf memeriksa buntil Nabi Bunyamin dan menjumpai piala itu.

44. Nabi Yusuf menghukum Nabi Bunyamin ditinggalkan di Mesir.

45. Abang-abang Nabi Yusuf merayu salah seorang daripada mereka mengambil tempat Nabi Bunyamin tetapi ditolak oleh Nabi Yusuf.

46. Abang sulung Nabi Yusuf tidak mahu pulang dan menyuruh yang lain sahaja pulang.

47. Abang-abang Nabi Yusuf yang lain pulang dan melaporkan apa yang berlaku kepada ayah mereka.

48. Ayah Nabi Yusuf menjadi buta disebabkan banyak menangis.

49. Ayah Nabi Yusuf menyuruh anak-anaknya pergi semula ke Mesir dan mengintip apa cerita Nabi Yusuf dan Nabi Bunyamin.

50. Abang-abang Nabi Yusuf pergi menemuinya bagi membeli makanan lagi.

51. Nabi Yusuf memperkenalkan siapa dirinya kepada abang-abangnya.

52. Abang-abang Nabi Yusuf mengaku mereka berdosa.

53. Nabi Yusuf memaafkan abang-abangnya.

54. Nabi Yusuf menyuruh mereka pulang dengan membawa pakaiannya dan menyuruh supaya pakaiannya itu disapukan pada muka ayahnya.

55. Abang-abang Nabi Yusuf belum tiba tetapi ayahnya sudah tercium bau Nabi Yusuf.

56. Baju Nabi Yusuf disapukan pada muka ayahnya dan dia dapat melihat semula.

57. Abang-abang Nabi Yusuf meminta ampun dariada ayahnya.

58. Ayah Nabi Yusuf mengampunkan anak-anaknya.

59. Abang-abang Nabi Yusuf membawa ayah dan ibu mereka ke Mesir berjumpa Nabi Yusuf.

60. Nabi Yusuf mengajak ayah dan ibunya duduk di sisinya. Mereka semua tunduk memberi hormat kepada Nabi Yusuf. (Inilah takbir mimpi Nabi Yusuf pada pembukaan cerita, yakni 11 bintang adalah 11 orang adik beradiknya, matahari adalah ayahnya dan bulan adalah ibunya.)


Dalam surah Yusuf, penutup cerita mempunyai kaitan langsung dengan pembukaan cerita. Cerita dibuka dengan mimpi dan diakhiri dengan mimpi itu menjadi realiti.


Plot surah Yusuf disusun umpama kaitan mata-mata rantai pada seutas kalung, ataupun ia bulat umpama ular yang menggigit ekornya.

Petikan Info dari UniversitiPTS

Cerita Lawan Teknik Penulisan


Kursus-kursus penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan persatuan-persatuan penulis amat condong kepada mengajar para peserta tentang teknik-teknik penulisan.

Jika saudara mengikuti kursus penulisan kreatif anjuran PTS, saudara akan dapati PTS tidak menekankan teknik-teknik penulisan. Sebaliknya PTS menekankan dua perkara:

1. Proses mencipta cerita
2. Isi kandungan cerita

Dalam kursus PTS, perkara yang menjadi isu besar adalah 'cerita' (story). Jadi kita bertanya 'Apa ceritanya?'. Kita berpandangan, cerita adalah lebih penting daripada teknik penulisan. Oleh sebab itu PTS mementingkan latihan mencipta cerita.

Adakah saudara mempunyai cerita yang menarik? Hantarkan sinopsis cerita saudara kepada kita. Apabila kita berminat dengan cerita itu, kita akan panggil saudara mengikuti kursus PTS di mana saudara akan dilatih menuliskan karya kreatif saudara menggunakan teknik-teknik dalam surah Yusuf.

Friday, November 20, 2009

Petikan Info dari UniversitiPTS


Cetakan Pertama: Dari 2,000 Naskhah Kini 15,000 Naskhah

Pasaran novel-novel ramaja semakin hari semakin menggebu-gebu peningkatan jualannya.

PTS mula meneroka Laut Biru sastera remaja dalam Bahasa Melayu 4 tahun yang lalu.



Sewaktu PTS mula-mula memasuki pasaran sastera remaja, kedai-kedai buku utama tidak mahu menjual novel-novel remaja dalam Bahasa Melayu.

Apabila akhirnya mereka mahu cuba menjual, tidak ada rak khas diberikan untuk mempamerkan novel-novel remaja dalam Bahasa Melayu. Novel-novel remaja yang mula-mula diterbitkan oleh PTS diletakkan bersama-sama buku kanak-kanak belajar mewarna dan menulis!

Sukarnya menjual sastera remaja menyebabkan PTS hanya berani mencetak 2 ribu naskhah sahaja. Itu pun mengambil masa yang lama bagi menghabiskan stok yang ada.

Bukan salah kedai buku apabila sastera remaja dalam Bahasa Melayu tidak diiktiraf sebagai kategori tersendiri yang diasingkan daripada buku kanak-kanak.

Memang sehingga 4 tahun yang lalu tidak ada penerbit buku Melayu yang komited menerbitkan sastera remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sendiri telah menutup bahagian penerbitan buku-buku remajanya.

Pada masa ini rak sastera remaja dalam Bahasa Melayu diletakkan di hadapan pintu masuk kedai-kedai buku. Bagi sesetengah pengarang PTS yang sudah mempunyai banyak peminat, cetakan pertama karya mereka dinaikkan kepada 15 ribu naskhah.