Wednesday, November 4, 2009
Petikan Info dari UniversitiPTS
Setiap bisnes mempunyai dasar bisnes. Ada peniaga yang tidak menceritakan dasar bisnes mereka secara terang-terangan kepada kakitangannya, manakala ada yang melakukan hal itu secara rasmi.
PTS menerangkan secara rasmi kepada staf dasar-dasar bisnesnya. Tugas ini dilakukan oleh Akademi Latihan Penerbitan PTS (Akademi-PTS).
1. Visi PTS: Menjadi syarikat media ilmu yang sahamnya diperdagangkan di papan pertama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
2. Misi PTS: Menjadi penerbit bahan-bahan ilmu yang memandaikan bangsa.
3. Dasar perniagaan PTS: Mengamalkan urusniaga yang (i) bebas-rasuah dan (ii) syariah-compliant, (iii) membolehkan rakan-rakan niaganya sama-sama membuat keuntungan.
4. Dasar editorial PTS: Menerbitkan bahan-bahan bacaan yang (i) memandaikan bangsa, (ii) syariah-compliant dan (iii) menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
5. Budaya kerja PTS adalah:
(i) Mengutamakan kemahiran kooperatif dan saling hormat menghormati antara satu sama lain,
(ii) Mengutamakan kepentingan, kebaikan dan kebajikan pembeli dan pembaca produk-produk PTS,
(iii) Menghargai, memupuk dan melindungi bakat-bakat yang dimiliki oleh setiap anggota staf dan karyawan PTS,
(iv) Mengongsikan dan mengagihkan dengan adil keuntungan perniagaan dengan pemilik saham, staf, karyawan, agen dan pembeli produk-produk PTS,
(v) Membantu dan menolong penerbit-penerbit lain membangun dan mengembangkan bisnes mereka.
Thursday, October 29, 2009
Info dipetik dari Universitipts
Jabatan Marketing PTS Dibesarkan
Foto di atas menunjukkan 5 orang pekerja kontraktor sedang mula hendak memecahkan dinding pejabat jabatan marketing PTS.
Puan Nor Hazizam Abd. Rahman, pengurus jabatan itu memberitahu bilik itu dibesarkan kerana jumlah eksekutif jabatan itu akan ditambah lagi. Pada masa ini pihak jabatan sumber manusia sedang memilih calon-calon yang sesuai.
Pertambahan itu dilakukan sebagai strategi meningkatkan jumlah jualan bagi setiap judul buku yang diterbitkan, supaya setiap judul dapat dijual minimum 10 ribu naskhah.
NOTA: Pada masa sekarang TimMarketing PTS terdiri daripada 10 orang eksekutif, 3 orang daripada mereka bertaraf pengurus.
Tuesday, October 27, 2009
Supervisor Visit 27/10/2009

Tuan Khalid Isa dan Tuan Nazrul Samsudin

Pensyarah FKEE UTHM dan Penolong Pengurus
Jabatan Pemasaran PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd

Bersama Tuan Khalid Isa

Bersama Pensyarah FKEE UTHM

Ulasan yang telah diberi oleh Tuan Khalid Isa.
Friday, October 23, 2009
Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS. Baca dan Menang

Bagi memeriahkan musim cuti sekolah bermula November hingga Disember 2009, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. bakal menganjurkan Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang! Pelbagai hadiah menarik bernilai lebih daripada RM70 ribu terdiri daripada barang elektronik dan set perpustakaan mini menanti para pemenang. Peraduan ini melibatkan lebih daripada 200 kedai buku seluruh Malaysia.
Operasi peraduan; 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010.
Layari www.pts.com.my/peraduan bagi maklumat lanjut
Sunday, October 18, 2009
Persiapan Mengemas Bangunan untuk Jamuan Raya PTS 2009
Monday, October 5, 2009
Today, My first day in PTSMarketing
Saturday, October 3, 2009
maklumat ini dipetik dari universitipts
Apabila Mahu Menulis Buku Bertanya Dahulu kepada Penerbit
Banyak orang terus menulis bukunya, sesudah siap baru dia mencari-cari penerbit mana manuskrip itu mahu dihantar. Cara begini tidak betul. Risiko manuskrip itu ditolak oleh penerbit adalah sangat tinggi kerana ia ditulis dengan tidak mengambilkira potensi pasaran buku itu.
Sebelum menulis buku, dapatkan dahulu maklumat apakah buku yang hendak ditulis itu mudah dijual. Maklumat dapat diperoleh dari 2 sumber:
(i) Dari staf mana-mana penerbit buku.
Para editor adalah tempat yang paling baik bertanya. Jika bukan editor, petugas di jabatan sales pun boleh memberi maklum balas yang relevan. Pada masa ini banyak editor mempunyai blog masing-masing. Malah lebih banyak yang mempunyai akaun Face Book. Jadi, mereka amat mudah dihubungi.
(ii) Dari staf di kedai buku.
Staf kedai buku tahu buku-buku bagaimana yang laku di kedai masing-masing. Justeru mereka dapat memberi maklumat apakah buku yang hendak ditulis itu dapat dijual ataupun tidak.
(iii) Dari rakan penulis.
Banyak penulis mempunyai blog dan akaun Face Book. Bertanyalah kepada mereka tip-tip jenis judul yang laku dijual.



