Sunday, June 21, 2009
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu....."
Surah Ibrahim ayat 7
Tuesday, June 16, 2009
Pembangunan Minda: Bagaimana Manusia Bertindak Di dalam Kehidupan Mereka?
“Many children who’ve lived with animals tend to behave like their foster parents: they walk on all fours, make the same noises as the dogs, wolves or other hosts, and can bite and be aggressive. This provides confirmation that they certainly did spend their formative years in the company of animals”.
Sumber: Feralchilden.com
Manusia adalah ‘Copycat’ yang hebat.
Pernahkah anda terfikir yang manusia adalah ‘copycat’ yang hebat. Jika anda pernah membaca buku dari Burke Hedges “Copycat Marketing 101”, anda pasti memahami kenapa manusia adalah ‘copycat’ yang hebat.
“Kanak-kanak tidak pernah boleh mengikut arahan dari orang dewasa dengan baik, tetapi mereka tidak pernah gagal meniru orang dewasa.”
-James Baldwin-
Semenjak kita dilahirkan, kita telah belajar meniru pelbagai pekara tanpa kita sedari atau tidak kita disedari. Sememangnya, meniru merupakan BAKAT yang manusia tidak pernah pelajari. Dari kecil, KITA MENIRU daripada ibubapa atau penjaga kita terutama dari segi bahasa yang dipertuturkan, bagaimana kita berjalan, bagaimana kita mengunakan tangan untuk makan dan sebagainya.
Mungkin anda pernah terbaca berita di mana kanak-kanak yang digelar ‘Wolf Children’, ‘Dog children’ atau beberapa lagi haiwan akibat mereka ‘dibesarkan’ oleh haiwan tersebut.
Jika sifat semulajadi manusia telah ditetapkan seperti berjalan, bertutur dan bertindakbalas adalah sama kenapa terdapat kejadian tersebut. Kenapa terdapat manusia yang mempunyai tingkahlaku seperti haiwan tersebut? Sebenarnya, ini hanya membuktikan yang manusia adalah makhluk yang hebat dalam meniru. Manusia meniru berdasarkan permerhatiaan mereka sejak dari dilahirkan lagi. Dari perhatian dengan pancaindera Minda Sedar (conscious), manusia belajar dan merekod ke dalam Minda Bawah Sedar hingga menjadi tabiat atau tingkahlaku semulajadi manusia.
Tetapi jika kita adalah seorang yang hebat meniru, kenapa kita tidak meniru bagaimana para jutawan mencipta kekayaan mereka?
Monday, June 15, 2009
dari parit raja ke parit yusof, semerah
Bawa balik aje laaa durian-durian tu... Hehehe... :-)
Tengok tu... Pak Haji nie gak yang tolong kopekkan...
Hehehe.....
udah-udah ler Kak Cik... Tak terkopek pun dughian tu...
Lepas dah makan beehoon sup.. cuci mulut dengan durian
plak... Haji Mohd Yatim memerhatikan pemuda-pemuda
gagah nie.. kopek durian.. Hehehe...
"Dah tak sabor ler tu... hehehe.... Lapor"
beehoon sup resipi Hajjah Suminam... Sedapkaann..!!!
lapo nak makan beehoon sup... hehehe... :-)
Sunday, June 14, 2009
Kursus Usahawan Negeri Selangor Masih di Takuk Lama: Cuma Dapat Melahirkan Usahawan Cap Ayam
PTS PROFESIONAL Sdn. Bhd. adalah penerbit paling aktif menerbitkan buku-buku bisnes dan pengurusan.
Setiap bulan PTS menerbitkan minimum 2 judul bisnes. Dorongan dan komitmen itu bertujuan membantu proses melahirkan usahawan yang banyak pengetahuan, bukan setakat usahawan yang bergantung kepada kontrak kerajaan.
Itulah perjuangan PTS di sebalik semboyannya: "Memandaikan Bangsa".
Pada saat ini kerajaan negeri Selangor sedang menjalankan program kursus keusahawanan. Baca di sini pengumumannya.
Tujuan kursus itu adalah: "...membantu peserta memahami erti usahawan, melihat, mengenal dan merebut peluang-peluang perniagaan yang sesuai selain membuat persiapan serta mempelajari kaedah perniagaan yang terbaik dan berkesan."
Mengajar orang Melayu supaya pandai berniaga dengan cara "merebut peluang" tidak boleh lagi dijadikan tujuan kursus keusahawanan. Kontraktor-kontraktor Melayu yang bergantung kepada projek kerajaan mempunyai mentaliti "merebut peluang" kontrak dan mentaliti "berebut-rebut" kontrak.
Disebabkan mereka cuma pandai "merebut peluang" akibatnya kontraktor Melayu berniaga dengan sikap umpama ayam mencari makan: Kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Sebagaimana ayam, mereka survive dari satu kontrak ke satu kontrak kerajaan.
Merebut peluang bermakna kita menunggu sampai ada peluang-peluang yang dicipta oleh orang lain, kemudian barulah kita berebut-rebut mendapatkan peluang itu.
Yang dikatakan menjadi usahawan adalah aktiviti "mencipta peluang".
Kursus-kursus keusahawan hari ini hendaknya membasuh otak para peserta supaya berhenti daripada mentaliti mahu belajar bagaimana hendak pandai "merebut-dan-berebut-peluang". Mentaliti begitu amat berbahaya.
Gantikan dengan kefahaman yang betul berkenaan apa sebenarnya yang dikatakan menjadi 'usahawan' dan apa itu aktiviti 'keusahawanan'.
Jemput datang....

Ini lah rumah Tuan Haji Mohd Yatim & Hajjah Suminam.
Setiap kali hari raya Aidilfitri... anak-anak beliau akan balik dan berkumpul di sini.
Sebenarnya, boleh kata setiap bulan anak-anak beliau akan pulang ke kampung.
Keluarga Haji Mohd Yatim & Hajah Suminam
Untuk pengetahuan rakan-rakan.... ini adalah gambar keluarga saya... berdiri dari kiri.. Abg Idi, suami kepada Kak Izan. Yasmin adik yang bongsu, Aini adik yang ke-5, Yulis adik yang ke-4, saya, Abg Mun suami kepada Kak Es. Berdiri di hadapan dari kiri.. Farah anak kedua kepada Kak Es, Nur Hafizah anak kepada Kak Izan, Kak Izan, Abah, Mak, Kak Es, atas riba Hanna, Hasril anak kepada Kak Izan, Muiz anak kepada Kak Es..Tiada dalam gambar... Muhammad Harith bin Rasidi.
masa ambil gambar nie.. dia belum lahir lagi... hehehehe...
Harith.. nanti kita ambil gambar baru pakai baju baru warna lain pula....
Saturday, June 13, 2009
suasana senja di Parit Subari

beginilah suasana senja di Parit Subari, Parit Yusof, semerah. Parit yang ada di hadapan rumah mak & abah.
Memang rasa tenang dan damai bila melihat bumi ini hampir senja.
Begitu juga dengan usia setiap yang dinamakan makhluk Tuhan.
akan tiba waktu senja setiap makhluk itu....